Ingat lagi kat satu entry yang aku cakap duk mencari VCD cerita ni tak jumpa sebab tajuk online dan tajuk CD berbeza? OK, dah beli pun aritu kan. Tapi kononnya nak simpan tengok masa pantang…
Tak sempat hokeeey… Sebab weekend baru ni rasa boring sangat tak tahu nak buat apa. Kain baju semua dah siap berjahit. Tak ada apa dah yang pending so apakata layan dulu 1 CD? So aku pilih laa Invisible Lee Pyung Kang memandangkan aku dah tengok sikit ceritanya online dulu…
Cerita ni memang laaa tak feel sangat. Aku nak tengok pun sebab heroinnya aku minat. Heroin Sweet Spy. So tak expect tinggi pun jalan ceritanya.
Mengisahkan Lee Pyung Kang, anak seorang pereka padang golf yang terkemuka akhirnya kematian ayahnya yang tercinta. Kini dia hidup dengan berbakti pada padang golf di sebuah kelab golf di daerahnya.. Takdir menemukan dia dengan anak pengusaha kelab golf tersebut yang kebudak²an dan tiada cita² pada mulanya.
Tapi kerana desakan dek kesihatan ayahnya yang tiba² tak berupaya menguruskan kelab golf tersebut, dia berazam untuk mengembalikan kegemilangan kelab golf itu dari jatuh bankrap.. Dalam waktu yang sama, terjadi cinta tiga segi. Anak murid ayah Lee Phung Kang datang bertemunya dan ingin melamar Phung Kang. Dalam diam, Phung Kang pula telah jatuh cinta pada anak pengurus kelab golf.
Siapa yang akhirnya dapat memiliki Phung Kang? Apa terjadi pada kelab golf tersebut akhirnya?
Ending cerita ni, on last CD memang mendukacitakan. Sebab tiba² jalan cerita terlampau laju semata² nak menghabiskan satu CD. Tapi bila aku refer balik online, ada jer pun jalan cerita tu cuma ntah kenapa CD dia jadi episod yang dipotong²… Kat mana nak komplen??



sila ajukan komplen anda pada Seniman hahahaha
Hahaha xde kena mengena oiii!~
Simpan-simpan untuk menonton break yang panjang.
Kena tambah lagi rasanya
laaaa cenggitu lak ek…. sib baik leh cover online kan….
Aiyaa mana leh takat cover online. Beli mahal2.. So kena pegi menegakkan kebenaran ni…
err..
cetak rom tak boleh komplen…
Ori lorr… tp mcm rekod dr tv. Cmno tu?