Dah Mencukur Jambul

Wednesday, 1:00 pm

Eh cukur jambul ke cukur rambut orang panggil?  Tetiba macam confuse plak, kalau ikutkan belah2 Johor memang panggil cukur jambul.  Tapi kalau cukur jambul, depan jer laaa kan? Hahahaha! Ahh tak kisahlah, janji sampai maksud dan tujuan entry ni ditulis.

Kejadian ini tidak bergambar walaupun moment ini sepatutnya menjadi moment yang penting buat Muhammad Zaim Afkar walaupun aku bawak camera tapi dah pegang baby takkan nak pegang camera pulak?  Gambar memang ada, tapi bukan camera aku dan nak dapatkan gambar tu dalam waktu terdekat ini rasanya agak mustahil. So mari bercerita laa udah yaa, bagi memperingati hari ini.

Sabtu 16hb June, kebetulan [?] family hubby ada buat kenduri kesyukuran, so dorang mintak sekalikan dengan majlis cukur jambul.  Aku pun mengheret ler jugak anakanda dalam pantang ke sana. Ingat abis majlis terus nak balik, eehh tak menjadi jugak.  Dari pukul 10am pergi, pukul 3pm jugak baliknya.  Punggung pun dah sakit sebab tak dapat nak baring, asyik duduk jer dari mula sampai.

Walaupun begitu, betul2 aku cukur rambut Zaim sampai botak genap umur dia sebulan.  Orang kata, memang elok kalau cukur habis rambut baby yang tumbuh dari dalam perut, budak jadi pandai.  InsyaAllah!~

047

Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan – Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan – Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Khurafat yang perlu ditinggalkan – Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

Selain dari itu, pendapat peribadi aku bila kita mencukur rambut bayi, rambut baru yang tumbuh akan jadi lebih lebat… tapi yang lawaknya, aku sendiri yang cukup, nak melicinkan kepala Zaim sampai guna 4 batang shaver sebab dari awal rambut dia panjang aku pakai shaver dah lama jadi tak lut. Tukar shaver lain sampailah 4 batang dan tiga kali cukur.  Memula pepagi bangun tidur, start cukur sikit, sikit, sikit. Lama-lama dia boring dah merengek minta mandi.  Orang tua pun kalau dah bergelumang badan dengan rambut pun reti nak rimas, kan?

Pastu dah petang, sebelum mandi petang tu aku cukur lagi sekali rambutnya.  Sebab basahkan kepala, so rambut yang dah dicukur dengan yang belum dah melekat2 atas kepala tak tahu nak beza.  Siap Zaim berak dan kencing tembus dari diapers kena kain batik aku.  So aku hangkut dia kat sink, basuh berak then terus mandi sekali.  Lepas tu keluar balik sambung cukur rambutnya.  Agaknya syiok badan dah bersih, sejuk pulak tu sampai dia tertidur2 atas riba aku time bercukur tu.  Sayangnya tak licin kepala Zaim sebab dah abis 3 batang shaver aku guna.  Yang keempat tu, barulah licin… huhuhuhu

Sekian,
This entry was posted in Zaim. Bookmark the permalink.

5 Responses to Dah Mencukur Jambul

  1. suriaamanda says:

    cepatnya masa berlalu…dah ebrcukur rambut dah si kecik ni…

  2. Zana Nordin says:

    he he he

    aku betul2 tertinggal citer

    btw…1st..congrate…dah selamat pun si comel tu keluar….

    huish..4x shaver pun tak settle gark..lebat tul rambut Zaim

    tulah..orang tua2 kata…rambut baby dari dalam perut…..bagus kalau di cukur

    lepas di cukur tu…di timbang rambutnya….then nilai timbangan rambut tu disamakan dgn nilai emas…then duitnya tu dibelikan sesuatu utk disedekahkan..

    dulu masa Batrice, rambut tak lebat……so, hasil timbangan rambut dia tu…

    zana belikan beras bagi kat rumah anak2 yatim….

  3. eliss says:

    lebat btol rambut dia yer. my nuha dulu memang x cukur sebab rambut pun x de. smpai skang rambut dia nipis ajer..

  4. akubiomed says:

    Wah sudah cukur rambut. Lepas ini makin kacak. :-)

  5. rasp says:

    beraninya u cukur sendiri sis…

    i memang tak buat sendiri…

    minta tolong makcik urut i settlekan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: