Eh, ke aku jer yang malas nak baca? Hehehehe apa² je laa… Memang pun, kalau ada entry pasal kenduri² kawen ni, memang aku malas nak baca kat blog kawan².. Macam….. Errr takde kaitan kowwwwt, boleh gitu?
Tapi, aku tetap nak citer jugak!! Sebab?
Sebab ada mak dan ada benda yang pelik dan menarik aku nak highlight kat sini… Heehehe
Gambar mak 3 beradik. Actually cukup 5 beradik datang ke kenduri ni tapi tak TERambil plak gambar diorang. Walhal aku dah cakap sebelumnya, memang molek kalau ambil gambar 5 beradik. Gamaknya busy sangat masing² reunion jumpa sanak saudara.
Eh kerana kenduri ni jugak ler mak datang KL weekend lepas. Kalau tak, rasanya aku yang balik ke Terengganu waktu cuti panjang berungkai² hari tu… Makcik aku Ne & Cik Peah memang menginap kat rumah aku. Tu yang aku bawak dorang shopping all out 3 hari berturut². Shopping baju untuk raya katanya. Aku ler yang tukang jahit baju² tu… Balunnnn, selagi belum beranak.
Jaga lupa jaja muka sendiri… Hehehehe
Mat boipren Mira pun ada sekali. Dia selaku assistant aku sepanjang shopping sakan tu sebab dah tentu² hubby busy tak dapat nak mengekor, so dia ler satu²nya bodyguard yang ada merangkap pengasuh budak² berdua… hahahaha! Ye laaa, selagi belum kawen ni, selagi tu laa boleh disuruh², ye ke tak? ![]()
Eh tapi kenduri ni hubby ada ikut sekali. Semata² untuk kenduri jer. Lepas tu dia sambung keje balik. Kitorang, sambung shopping lalalalallala~~
Korang nampak tak sesuatu yang pelik yang aku nampak?
Awat pengantin lelaki tak pakai songkok? Style errh sekarang ni macam tu? Ke lupa nak sarung songkok kat kepala pengantin lelaki? Anyway, dua² pengantin sama cantik sama padan… semoga kekal ke akhir hayat. Aku memang tak kenal si pengantin perempuan ni sebab dia anak kepada anak angkat arwah nenek aku. Tu yang adik beradik mak bukan main rapat lagi sampai travel dari Singapore to KL semata² untuk meraikan majlis.
Gambar atas pelamin, one & only shoot yang ada dalam camera aku. Apa punya tangan si cameraman ni ambil sampai bergegar. Dah biasa dengan camera godang berat, sampaikan tak daya nak petik camera kecik ke bang oii…? Dah ler mamasing tak ready lagi…
OK, itu jer… eh sedondon plak baju oren hubby dengan tudung gold aku…



wahhhhhh.. seronok mkn kenduri neh.. kenyang~
dah lama tak makan nasi dari kenduri.. sesekali sedap jugek tapi lauk pauk abis awal.. huhuhuhu
ha a laaaa..
pesen baru kah tak pakai songkok? errr pening jap..hihihi
pesen baju dia tak macam baju melayu + sampin ye… tak clear sgt…
tu laa kan….?? pelik pulak nampak
sis, i suker jer baca hehehehehe…
pesyen kot tu tak kenakan songkok ermmm….
suka erk baca? hehehehehe terima kasih kerana membaca…
Pengantin laki tue tak tahan panas kot pakai songkok lelama….hehehehe
hmmmm…. kalau alasannya tak tahan panas, apa salahnya sehari seumur hidup untuk terus bertahan…
bestnya makan kenduri.
bubur kacang+jagung nya sangat best.. tapi sayangnya dah sold out, sempat merasa sorang sikit jer
berguna jugak boifren adik sis tu yer..hehe
selagi belum kawen, selagi tu menurut kata.. hahahahahah`
oit.. guna i punya boipren.. tp itu papa baru si zulfan n ika.. papa mat.. kalau tanya si zulfan sape papa dye, dye akan ckp cikmat.. hahaha.. jangan jeles..
sat2, await rambut i melepekkkkkkkk…
papa mat katanya… hehehehehe
Lah mana setanjak atau songkok?
ntah ler ke mana hilangnya… dah macam pengantin india plak dahh
jarang nampak pengantin lelaki tak bersongkok atau bertanjak dengan pakaian camtu.. tapi takpe laaa.. jalan jee.. hehehe
kan kan kan? rasa macam bukan pengantin pulak
pesal pengantin lelaki x pakai tengkolok?
itu ler persoalannya sekarang.. entahkan lupa, entahkan memang tak mahu pakai