Memang susah kalau nak tebuk lubang kat dinding tapi nak kena pastikan jarak antara lubang yang ditebuk tu betul2 sama dengan jarak perkakas yang nak kita gantung.. Pernah tak korang hadapi masalah ni? Walaupun aku pompuan, kerja-kerja macam ni memang aku buat sendiri dari dulu, kalau setakat paku memaku tu, aku tak payah nak susahkan orang lain… Tapi kalau kena pakai driller ni, memang aku tak mampu laaa, sebab nak kena tekan kuat2, nak nak kalau dinding tu keras…
Idea [gambar] ni aku jumpa kat FB… boleh tahan keberkesanannya. Boleh lah korang cuba jugak lepas ni… Tanpa ragu2, tanpa merosakkan dinding.. excellent!
- Memula, fotostatkan belakang perkakas eg. plug eletrik yang nak digantung di dinding tu.
- Kemudian, tampal kertas fotostat tu tadi di dinding, mengikut kehendak kita
- Tebukkan lubang berdasarkan lubang dari kertas fotostat tu tadi, letakkan paku atau skru.
- Siap dan bolehlah gantung!!
Pernah tak korang terfikir idea camni??? Eerrrrrrrrrr kalau barang tu lebih besar dari mesin fotostat, pandai2 lah korang adjust yaaaaaaaaaaaaaaaaa….



lukisan besar gedabak kat rumah tu tak pasang2 lagi..hahahaha. memang x leh guna teknik ni.
good idea … sonang bai tuuuu
mmg senang tapi aku tetap malas nak buat..acaner tu?
Biasanya saya akan tanda dahulu baru tebuk pada dinding. Cara didalam gambar boleh merosak case.