Selalu kita duk tengok citer Cinderalla ni, kisah Cinderella jer laaa kan?? Tapi kali ni, meh kita tengok kisah dari sudut kakak tiri si cinderella ni plak.
Cinderella’s Stepsister, dah lama aku beli tapi macam yang aku cakap, beli dan kumpul sebab nak tengok masa dalam maternity leave. Sudahnya, ada 4 lagi drama yang tak sempat nak tengok. So layan kat ofis cerita ni.

Kisah Eun Jo, seorang anak luar nikah yang hidup sengsara kerana ibunya yang suka bertukar teman lelaki. Pengalaman ditinggalkan sudah menjadi asam garam dalam hidupnya membuatkan hatinya tabah dan kental. Namun akhirnya, ibunya telah berjumpa dengan seorang lelaki pengusaha arak yang kaya dan baik serta ikhlas menerima Eun-Jo sebagai anak tirinya.
Di sana, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyukai dia. Namun, kerana fobia selalu ditinggalkan dia tidak berani untuk menjalin apa-apa hubungan dengan sesiapa pun. Sikap dinginnya terhadap bapa tiri, adik tiri dan semua warga kerja di kilang arak tersebut membuatkan ramai orang tidak menyukai Eun-Jo. Namun, dia tidak peduli dan terus merebut peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan memajukan diri sendiri. Selebihnya, dia menyimpan rasa bersalah terhadap sikap ibunya yang penuh kepura-puraan menyayangi suami dan anak emas di dalam keluarga tersebut.
Satu ketika, ayah tiri Eun-Jo meninggal akibat tertekan dengan masalah kilang arak yang tiba² melanda. Di sinilah Eun-Jo memainkan peranannya. Sikap ego dan kentalnya akhirnya luntur.
Memula masa drama ni tengah airing kat TV, aku ada tertengok sikit part awalnya. Tapi masa tu mungkin part yang tak menarik so aku tak rasa tertarik hati nak follow. Tapi ramai kawan² yang minat drama Korea cakap cerita ni best. Since ada offer Buy 1 Free 1 hari tu, so aku pun belilah.
Tak rugi beli…………!!! Not bad cerita ni rupanya. Dari awal cerita sampailah ke akhirnya, tak bosan menonton.



Oh best yer..ada jugak copy cite ni dlm hard disk sy..tp x tertgk pon lagi.
harus ku cari gak kalo review baik nie….
memang best…rasa macam nak tengok lagi, tapi cerita lain pun tak tertengok macam mana nak ulang tayang? >.<