Dah 4 orang anak aku rupanya… Kejap jer tak sedar dah ada 4 orang anak.. [yer laaa sangat tak sedar] Hehehehehe
4 orang anak, 4 gaya jugak laa cara aku berpantang… Anak pertama, masa berpantangkan si Zikri aku guna ubat kampung. Pure ubat kampung such as air periuk dan manjakani yang diasah, disapu pada luka. Zulfan plak aku berpantang di kampung, menggunakan set bersalin Leesa Formula begitu jugak masa berpantangkan Ika pun guna Leesa Formula. Aku suka krim panas yang sapu di perut. Betul2 panas. Tapi masa bersalinkan Zulfan, aku kena pending makan jamu dari set tu sebab Zulfan ada kekurangan G6PD so ibu yang menyusu dilarang makan jamu selama anak dalam pemerhatian. So after 3 weeks jugak ler baru aku start makan ubat dari set Leesa Formula.
Berpantang kali ni, aku try set bersalin dari Tanamera. Terbaca kat blog KakRed masa dia berpantang dan buat review haritu. Tapi time tu tak expect betul2 nak guna set bersalin Tanamera ni sebab harganya agak mahal jugak. But masa aku tanya kawan aku yang bekerja di Karangkraf, kut2 ada set bersalin dari client dia so pasti dapat diskaun skit macam aku beli Leesa Formula dulu. Alhamdulillah, memang tak disangka2, Tanamera tengah engage ruang iklan kat magazine Karangkraf so apalagi, rembat terus. Banyak jimat yoooo!~
Set bersalin ni ada macam2 dalam satu kotak tu termasuk laa bengkung. Sayangnya dah nak dekat bersalin baru aku teringat nak mencari set bersalin so aku dah kerugian masa untuk pakai Virgin Coconut Oil dari Tanamera ni. Virgin Coconut Oil ni macam minyak selusuh. Guna untuk sapu pada bahagian perut, dan buat amalan minum. Ada jugak arahan untuk sapu/urut minyak ni pada bibir kemaluan kita supaya waktu bersalin nanti, kulit menjadi lembut dan membuka ruang waktu meneran. Aku sempat sapu hari2 selama seminggu jer. So mungkin sebab tu jugak beranak kali ni aku tak berjahit sebab sikit jer koyakkannya. Bak kata kawan aku, kawan dia beranak sulung amalkan Virgin Coconut Oil ni, tak koyak langsung.
Paling aku suka Lavender Spray Tanamera. Lepas mandi pagi dan petang, sembur pada muka dan tarik nafas dalam2. Segar sangat rasanya. Still pakai lagi sampai abis pantang pun sebab masih ada tinggal setengah botol. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku nak continue pakai sebab kesan dia untuk segarkan mood kita dan hilangkan rasa mengantuk akibat berjaga malam.
Teh Herbal Tanamera pun aku nak puji. Rasanya lain dari teh herbal dari set bersalin yang pernah aku minum sebelum ni. Bila tambah dengan honey, rasa dia sedap. Pendekata, aku tak payah nak memaksa diri nak habiskan teh herbal tu. Dan tiapkali lepas minum teh ni, mulut aku tak rasa nak kunyah2 dah. Kalau tak, memanjang jer nak cari makanan.
First time aku pakai scrub dia, memang best giler time tu sebab lepas mandi pun tetap rasa haba panas & kulit jadi licin sangat2. Aku pernah tweet puji scrub tanamera ni dan kawan aku sampaikan pada Tanamera sendiri. Dorang amik contact number aku konon nak buat testimoni ler kot tapi until now takde call pun lagi. Agaknya lepas2 pantang ni ker tak tahu ler kan… So kalau dia nak suh review dalam blog, later lah aku cerita lagi detail satu persatu product kat dalam kotak set postnatal tu ya… Tarak kalu, sampai sini jer laa aku puji keh keh keh keh
Habis cerita pasal set bersalin, kita cerita pasal travel dalam pantang plak. First time gak aku kena travel dalam pantang. Lama plak tu! Dari KL ke Terengganu, dari pukul 12 tengahari sampai pukul 8.30malam. Knowing hubby yang suka stop2 ni, sebab tu ler jadi lambat sampai. Memula stop kat R&R for lunch and solat Zohor. Lepas tu berhenti plak kat Pantai Cherating.
Selalunya singgah Cherating time balik dari KT ke KL. Tapi time ni ke KT plak hubby singgah. Hubby, anak2 & adik2 aku keluar ler amik angin. Aku ngan Zaim duduk dalam van jer sambil bukak pintu luas2 kasi kena angin sipi2 pun jadilah. Takut aku nak keluar kasi angin laut kuat2 kang bentan sapa nak jawab? Tapi kata hubby, cemana kalau orang yang rumahnya memang tepi pantai? Hmmm ada gak logiknya soalan hubby tu kan. So aku beranikan diri keluar menapak ke pasir, dapat gak ler aku luruskan pinggang aku ni walaupun tak dapat baring, dapat berdiri pun jadilah. Tapi tetap tak langkah jauh, depan van jer pun.
Satu untung dan bersyukurnya aku, nak balik kampung tak payah pening2 nak bawak barang banyak ke sikit ker. Apa yang ada semua hangkut. Pastu tilam anak pun hangkut. Senang aku bentang atas kerusi, baringkan terus anak atas tilam. Tak penat nak kena pangku. Alhamdulillah.
Dari Zulfan sampai ke Zaim, banyak jasa van ni kat kami anak beranak. Time Zulfan dulu lagi best. Dah abis pantang nak balik ke KL, cuma kami 3 beranak. Aku dengan Zulfan concur seat belakang habis2. Rendahkan penyandar, terus dapat baring macam atas katil. Tapi balik baru ni ada Yana dan Mira, barang pun banyak so tak dapek lah nak buat macam tu.. ![]()



wah, dah bersalin. banyak jugak benda yg kena di makan ye. cute baby tido
memang mencabar balik terengganu dlm pantang.. eliss seminggu lepas c-sect balik, hubby bawak kereta laju jugak tapi bimbang isteri yer jugak. seb baik mak ada pegang baby.boleh laa jaga diri sendiri
Selamat berpantang & Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
Masa anak saya yang bongsu di lahirkan ada G6PD dan doktor sarankan jangan mengambil jamu. Habis terbang duit begitu sahaja jamu tidak digunakan langsung.
membe2 opis neh ramai guna tanamera tuh.. katanya ada yg boleh guna harian walau tak peknen or bersalin.. hiksss~
Salam kak nk tnye amik leesa formula bb g6pd xde pe ke?klu ada contai manjakani leh ke x eh??smpi skg sy xmkn jamu pepun lepas bersalin thn lps huhu
Awal2 bersalin jer xleh makan sbb nak elakkan bb kena kuning. Lepas dah 2-3 mggu baru blh mkn sbb time tu bb dah tak sensitif dgn kuning. Tapi selalu menyusu badan, kena elakkan makanan yg bb alergik mcm kacang parang.
sis nk tnye sya da 39 ari..so xamek ape2 jamu coz bby g6pd..bole ke sya cube mkn dherbs pnye produk..sis mkn jamu xde ape2 kesan smpingan ke pd bby..
Waktu Zulfan dulu, lepas 3 minggu baru cuba2 makan pil jamu. Alhamdulillah takde apa2. Cuma jamu ni panas, elakkan makan waktu bayi masih dalam pengawasan 1-10 hari, sebab waktu tu mudah dapat jaundice