Yeaahhh kembali pada routine bekerja selepas 2 bulan bercuti tralalalalala laaa sangat…
Pada awal mengandung, aku baru jer berhenti kerja kat syarikat dot dot dot tu, tapi immediately aku dapat kerja kat satu kompeni jual emas dan berlian. Tak sangka plak aku mengandung then polisi syarikat memang tak boleh ambil perempuan mengandung untuk bekerja unless ko memang dah kerja sana baru mengandung, itu lain cerita…
Allah Maha Kaya, rezeki ada di mana².. Tak lama lepas aku tanam anggur, aku dapat offer part time untuk jadi pembantu editor Buku Cenderamata untuk Festival Filem Malaysia ke-24. Dari situ, diorang suruh plak aku tolong and bantu Urusetia selama sebelum dan waktu festival tu berlangsung. Nak dijadikan rezeki, SUK GAFIM yang sedia ada jatuh sakit masa tu. So lepas abis jer Festival, aku diminta untuk sambung bekerja di pejabat GAFIM sebagai SUK. Alhamdulillah, tempoh percubaan 3 bulan tamat, aku diconfirmkan as permanent staff and gaji pun ada naik skit.
Satu hal lagi yang membuatkan syukur teramat, since aku pun dah jadi permanent staff maka cuti bersalin aku nanti adalah berbayar. Yeaahooooooooo!! Tak sangka, dorang dapat terima aku dalam keadaan berbadan dua. Itulah, Allah dah janjikan rezeki buat aku, walau aku berhenti kerja gaji beribu sekalipun, hati aku happy dapat kerja kat sini walau gaji tak setinggi dulu..
So lepas bercuti panjang, Isnin lepas aku masuk kerja. Excited sebab dah lama tinggalkan ofis. Ofis yang macam rumah aku sendiri. Kerja pun takde tekanan dan yang paling penting kali ni aku rasa aku dapat laksanakan niat nak fully breastfeed dengan jayanya..
Kalau dulu, banyak betul gangguan time nak mengepam. Tengah pam susu, bos panggil laa.. Time nak pam, time tu jugak kena keluar ofis laaa.. Last² tak sampai 8 bulan, susu pun dah merajuk. Kali ni, banyak betul susu aku. Alhamdulillah, agaknya sebab aku start pam susu dari minggu awal bersalin lagi. Rajin pam, sentiasa pam. Aku rasa itu ajer tips untuk merangsang susu keluar dengan banyak sampaikan aku kena beli chest freezer sebab susu yang aku pam dari kampung banyaknya alahai lebih dari 100 bekas.
And now, routine aku seharian balik pergi kerja balik kerja kena ada 3 biji beg ni. Handbag, beg untuk pam, dan cooler bag untuk letak susu lepas pam. Belum campur lagi beg Zaim. Tapi selalunya sebelum ambil Zaim aku, aku balik umah hantar segala mak nenek beg aku dulu. Kang mana nak hangkut Zaim lagi, mana nak bimbit beg baju dia lagi, mana nak bukak pintu bagai. Alhamdulillah lagi, aku dapat babysitter yang duduk tingkat 5 dari umah aku. So memang senang tak payah nak redah hujan ke panas ke bagai. Alhamdulillah, alhamdulillah!~
Cerita pasal Zaim, nampaknya lain kali baru aku boleh cerita. Apapun, memang semuanya dalam keadaan elok dan terkawal buat masa sekarang. Alhamdulillah!~



sy pon semangat nak fully bf si baby ni..time waiz dulu dan 4m jer, terkilan pulak.
kena perah sejak awal lagi
syukur ye sis…
memang rezki u….
dipermudahkanNya urusan u dlm beberapa hal….
syukran syukran…
alhamdulillah.. setiap yang perit, pasti ada hikmahnya. walaupun sedikit, tapi lebih bahagia dari yg sudah
Untunglah senang dapatkan menghasilkan susu. Macam isteri saya cepat sangat kering. Sudah macam-macam usaha dilakukan tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Kali terakhir ambil ubat pengalak susu dan kesannya pula gatal-gatal.