Atas Nama Cinta Sama Dengan Spring Waltz

Wednesday, 3:30 pm

Dah tengok slot Akasia yang baru?  Dah mula ditayangkan Isnin lepas. 

Aku tak tengok sangat sebab Isnin lepas nak menghantar mak ke stesen bas, so tengok kat kedai makan, tak concentrate.

Episod pertama tu, aku tak berapa perasan sangat citer ni ada iras² Spring Waltz.  Tapi dah tergerak hati bila ada pelakon kanak², sukakan hasil lautan.  Pastu masa budak lelaki tu bagitahu ayah dia yang kaki judi tu bahawa budak perempuan tu ada tabung simpanan, hati aku pun terdetik, mesti ayah dia pi curi tabung tu.  Memang betul! 

Episod semalam, yang kedua.  Bapak budak lelaki curi duit tabung pastu larikan diri.  Mak budak perempuan pergi ke bandar nak cari balik duit dia, tetapi mati sebab kena rompak.

Dalam Spring Waltz, mak budak perempuan tu mati sebab accident.  Pastu budak lelaki dan perempuan lari dari kampung, pergi ke bandar untuk cari mak dan bapak masing² sebab nak dapatkan balik duit untuk rawatan budak perempuan tu.  Sampai kat bandar nanti, budak perempuan tu jatuh sakit.

Sinopsis episod ketiga Atas Nama Cinta, nampak gayanya memang budak perempuan tu akan jatuh sakit masa diorang sama² mencari mak dan bapak masing².

Adakah episod seterusnya pun akan sama juga?? 

Setakat ni apa yang aku boleh cakap, jalan cerita memang sama!  Cuma olahannya sahaja berbeza.  Haaaaai alahai~~

Eh, Atas Nama Cinta ni adaptasi dari novel jugak kan?  So, sapa tiru sapa tiru sapa ni? Melampau sangat kalau 3 episod pun, jalan cerita masih sama kan?

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

8 Responses to Atas Nama Cinta Sama Dengan Spring Waltz

  1. Iyra Mutalib says:

    serius kak?

    x smpt nk tgk lagi jln citer neh…

  2. Rinna says:

    Tak sempat lagi nak layan citer nie.. lepas GK..

  3. wida says:

    cite dr novel gak ke?
    dah x de idea nak wat skrip agaknya..

  4. Chubby says:

    lepas perasan sama ngan citer korea pd episode 1 terus rerbantut nak follow .. tak de modal lain ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: