Al-Zulfan Bernasyid

Monday, 3:30 pm

Haritu aku blogkan pasal Zulfan & Ika mewarna on Hari 1 Malaysia. Ni pasal bernasyid plak. Kejadian ni berlaku sebelum kejadian mewarna tu. Yaaa.. entry blog ni dah tunggang langgang dah.. apa nak buat…

 

On that day, huby cakap dia tak dapat pergi sebab ada catering so dia suruh aku pergi wakilkan.. Aduiii tak semua pun ibubapa yang datang support tapi at least kerana aku pergi, dapatlah jugak mereka menumpang kereta nak membawak budak² ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awalnya diorang nak menyewa van tapi van tu tak dapat nak hantar pada waktu yang mereka perlukan. So kami ada 5 biji kereta membawa kanak², cikgu dan sebahagian ibu².

Sampai sana, berkumpul kat satu port then touch up budak². Yang lelaki tak susah, takde apa pun nak touch up tapi yang perempuan ni siap make up bagai dan masa ni lah nak pakaikan tudung tu semua. Budak kecik ni kaaaaan, cilik sangat nak make up jugak, tahan mata, tahan bibir kena calit ngan make up… hamboiiiiii dak kecik!

 

Completed team

 

Dengan cikgu dan ibu² yang hadir memberi sokongan

 

Tunggu giliran. Giliran dorang paling last.

Time ni aku tanya Zulfan, takut tak. Dia geleng kepala. Pastu aku pegang dada dia then buat² cakap kenapa jantung dia degup kencang. Berdebar katanya. Hehehehe, tak takut cuma berdebar jer. Budak² masih pure, tak tahu bahasa pasar. Good la gitu sebenarnya. Memang Zulfan ni guna bahasa proper pun. Kalau lepas minum air tu, LEGA katanya.

 

   

   

Empat kumpulan yang bertanding. Yang baju oren tu sedap giler suara budak lelaki paling depan tu. Kata cikgunya, last bertanding muzik dorang rosak so terpaksa nyanyi solo. But still sedap dan semuanya nyanyi dengan merdu. Kedua sedap aku rasa yang baju hijau dengan kemeja petak². Yang lelain nyanyi berterabur. So kami yakin sangatlah, at least tadika Zulfan duk dalam top 3.

 

Time dah tiba. Nak posing pun muka monyok jer sebab berdebar. Hehehehe

 

Peminat² setia yang memberi sepenuh sokongan kepada group tadika Zulfan. Kekeke

 

Inilah dia kumpulan nasyid Zulfan. 2 orang jer lelaki yang lain semua pompuan. Lagu yang sangat rancak dan boleh buatkan kita ketawa gelihati. Aku ada ambil video Zulfan nyanyi tapi malas lah nak masukkan dalam youtube then attach kat sini.

 

Sudah nyanyi dahaga laa pulak ya, Zulfan.

 

Lepas pertandingan nasyid ni, rupanya masih banyak acara lain dari tadika yang lain. Rupanya dorang boleh pilih apa² acara yang nak diwakilkan oleh murid². Ada rebana, ada pidato, ada jugak tarian. Lepas habis semua acara baru boleh ke dewan utama untuk upacara mengumumkan pemenang dan penyampaian hadiah. Tapi kami² tak tunggu dan tak masuk pun ke dewan. Pertama sebab dah tengahari sangat. Kedua, tak point nak tunggu sebab…………….

Unfortunately, depa dapat nombor 4 dan juara adalah yang baju ungu. What??? Nyanyian memang berterabur tapi kitorang jangka depa dapat point lebih sebab ada guna alat muzik dalam nasyid. So tak pepasal menang dapat No.1 baju ungu tu.

 

Takpelah, next time boleh cuba lagi yaaaaa…..

 

***Later, Zulfan akan wakil negeri bertanding di Dungun, Terengganu untuk acara puppets.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

6 Responses to Al-Zulfan Bernasyid

  1. whoaaa… cantik betul la baju melayu Zulfan tue… nice color too…

  2. akubiomed says:

    Mana video Zulfan?

  3. Dee says:

    comel2 lah budak2 ni..tp baju zulfan..kaler nice..

  4. wida says:

    amboi..jauhnya, smpai ke dungun yer zulfan.good luck k

  5. ayu says:

    please la donlod video tu..ai pon nk dengar…comelnye eka lepas mekap…

  6. atty says:

    comeynya zulfan pakai baju melayu..

    nak ler tgk video zulfan nyanyi lagu nasyid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: