Matilaaaa entry yang wajib tayang, tak buat² lagi tapi entry yang tak patut² ni manjanggg jer keluar… Takpe, bertabahlah. Dah ini jer mood yang ada untuk buat.
Cerita weekend bebaru ni, tak sengaja terbeli CD Korea lagi. Time tu hubby ajak jenjalan pi AEON Wangsa Maju. Keluar rumah lepas maghrib. Tersangat janggal rasanya sebab sejak dah beranak ramai ni, dah jarang dah keluar rumah santai² waktu malam. Sampaikan Zulfan jadi jakun duk puji² lawanya lampu waktu malam hiksss..
OK, pendekkan cerita. Dah sampai AEON tujuan utama nak bawak bebudak main kat park dalam tu. Lepas keluar park, singgah kedai buku macam biasa. WAJIB membeli buku untuk diorang ni kalau datang sini. Aku pun alih perhatian, masuk Speedy Video nak tengok² kalau² FAITH dah keluar. Nan hado lagi.
Tup tup terpandang kat rak diorang Buy 1 Free 1. Ehhh sale datang lagi! Browsing jap mata terus tertangkap 2 CD yang aku nak sangat² simpan buat collection.
Walaupun cerita dah lama, dan aku dah tengok tapi tetap nak simpan drama² ni. Sebab tu jugaklah aku sanggup tunggu offer Buy 1 Free 1 baru beli sebab original price 2-2 CD ni adalah RM99.90 hanya berbaloi untuk drama terbaru sahaja hokeeeh.. hehehehe



tambahlah koleksi kau eh..
Dah ada buy 1 free 1. owhhh!! nak pegi beli juge!
cepat…. any Speedy Video kedai available…
wah!! tetiba teringin nak tgk princess hour lagi…
kan…..? sebab tu wajib simpan cerita2 camni yg ada ciri2 kerinduan