7 Bulan – Zaim

Harini genap 7 bulan Muhammad Zaim Afkar. Apa yang dia dah pandai?

Terbaru, dia dah pandai duduk. Sebelum pandai duduk tu, dia pandai berpaut untuk berdiri. Habis segala jenis barang dia paut. Kalau dapat capai tudung mama, dengan tudung mama sekali jadi mangsa pautan dia. Dah dapat paut, terus dia berdiri sambil goyang-goyang bontot.. Hamboiiihhh, berlagak awak yaa… Awak ingat kalau jatuh, kepala tu tak sakit ker? So memang nak kena alert sangat dengan aktiviti Zaim yang satu ni.

Pasal makan plak, jenuh masak bubur dia takmau makan, so makan nestum sajer laa jawabnya. Lajuuuuuuuuuuuu kemain dia telan, jangan sampai terlambat nanti meraung la jawabnya. Takpe, tunggu skit lagi, aku akan try lagi masak bubur. Mana tau, lepas ni dia nak makan balik.

IMG00422-20121120-2335

Gambar ni masa dia umur 6 bulan, waktu dia memula pandai mengensot. Asyiklah ensyen nak duduk kat birai katil. Memang dia learnt from lesson. Dia tak go further, cukup bergayut kat situ jer. Tapi kena hati2 jugak sebab kalau dia bergolekkan badan, memang jatuh laa jawabnya.

Ohh pandai jugak tengok TV. Ehh rasanya yang ni, semua bebudak pun pandai tengok TV skang ni…

IMG00412-20121116-2254

 

 

Satu lagi perkembangan baru, after entry semalam katanya babysitter Zaim sakit. So harini aku hantar Zaim ke rumah babysitter baru buat sementara. Tapi, jauhhhhhhhh…………. Nun di keramat. Jadi perjalanan pagi aku ibaratnya, dari puncak bukit turun ke kaki bukit. Lepas tu panjat balik bukit sampai ke puncak baru sampai pejabat. Berulanglah aku begitu sampai 2 bulan. Dan minyak keter of course laa naik 3 kali ganda untuk satu perjalanan.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

3 Responses to 7 Bulan – Zaim

  1. akubiomed says:

    Nak buat maca mana terpaksakan..kan..

  2. wida says:

    cpt je dah besar kan kak…

  3. zahidahwahid says:

    dah 7 bulan? cepatnya dia besar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: