Flash back cerita balik kampung aritu… Seminggu lepas puasa, adik aku dari Paka balik anak beranak. Yang aku memang dah 4 beranak ada kat umah mak. Abang aku punya anak 4 orang pun, duduk belakang rumah jer, anytime boleh datang. So bila datang adik aku bawak 3 orang anak dia, maka lengkaplah 11 orang cucu Afkar.
Aritu masa buat BBQ, Zulfan belum sampai dari KL so memang tak lengkap nak bergambar. But kali ni, alhamdulillah tercapai hasrat aku nak hiburkan hati mak dengan gambar lengkap cucunya tahun 2012.
Tapi tang gambar kali ni, si Ika pulak eksen takmo masuk sekali… Dia syiok main game nunnn kat belakang nun haa tengah meniarap. Lantaklah, janji tak nangis sudah.
Bila dah berkumpul ramai2 cenggini, memang riuh rendah satu rumah. Elok2 bermain, bunyi ler gelak tawa… Puas bergelak, ada yang menangis, merajuk macam2 lagi ler… Heh!
Pastu dah puas bermain siangnya, tibalah pulak time nak berbuka.. Puuuunnn riuh kecoh seantero rumah. Macam rumah kami jer ler yang nak berbuka malam tu, umah orang lain tidak. Hahahahaa
Mana yang patut bertudung, aku nak rambut palsukan mereka.. Tapi kan tapi.. amboiii mak I senyum, mcm anak dara
Bila dah berkumpul ramai-ramai cenggini, tentulah selera pun otomatik bertambah².. Memang sendat ler perut mereka aku makan macam² benda… Gedebuk gedebak malas nak cerita, sudah berbuka adik aku pun mahu pulang sudah ke rumahnya di Paka….
Tapi sempat lagi aku paksa budak-budak tu beratur kat tangga. Kebetulan sangat sungguh-sungguh si Zaim pun terjaga dari tidur masa tu.. Terus angkat bawak dia keluar… Dan hasilnya………………
Tak tahu take berapa laa gambar ni diambil baru nak jadi elok.. ada jer macam² gaya tak kena. Kang orang ni elok, orang ni plak senget… Sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!~
p/s: 11 orang cucu Afkar takkan bertemu di hari raya tahun ini… Masing² pakat beraya umah mertua. So inilah sajer moment yang susah nak dipertembungkan. Mungkihkah bertambah di tahun hadapan? Jeng jeng jeng………………………..



waaaaa…ramai2 mcm ni meriah la Amy
sayangnya tahun ni tak beraya bersama2
meriah!! best…
alhamdulillah.. memang seronok bila ramai2 cenggini tp bila dah masing2 merajuk bergaduh, waduuuuuuuuuuuuuuuuh peninggg!~
Riuh rendah jadi rumah. Lagi-lagi anak-anak yang baru hendak naik.
mmg gamat lah kalau berkumpul cam ni..
banyak dah cucu ma..tp maintain lagi kan
itu rahsianya…………. hehehe