Tajuknya Sahabat

Thursday, 9:40 pm

Pertama kali aku tak temankan budak2 ni shooting. Zulfan tak kisah sangat tapi Ika….. ada sikit perasaan risau.

Memula masa Nora si agensi datang amik budak2, Ika excited naik kereta dia. Tapi bila tersedar aku tak ikut sama, apalagi melalak laa…. aku keraskan hati.

Bukan pertama kali kitorang dengan Nora ni. Dah banyak kali. Almost every job yang diorang dapat, memang dari Nora. So anak2 Nora pun dah memang rapat dengan budak2 ni.

Tepat seperti jangkaan aku, alhamdulillah… kejap jer melalak Ika tu. Sampai ke location dah bertemu ramai kawan, dah lupa kena tinggal dengan mak. Mak pun ada tugas kat pejabat, nak…

image

Ini gambar shooting diorang. Scene Zulfan jadi pengantin olok2. Kali ni Zulfan takde dialog. Just duduk jer atas kerusi pelamin.

Esok ada konti untuk diorang. Konti tu maknanya kena datang lagi untuk drama yang sama, kena pakai baju yang sama. Huhuhuhu

Sekian,
Posted in Diary | 3 Comments

Hasil Tangkapan Semalam

Thursday, 9:57 am

Semalam persatuan penerbit TV ada taklimat Pindaan Hakcipta Harta Intelek & Royalti. So kenalah pergi menghadirkan diri, membantu mana yang perlu sebab GAFIM pun ada terlibat jugak dalam taklimat ni.

Duduk kat depan Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri sebagai reception. Tak susah punya kerja. Sibuk time² awal diorang datang nak register je laa…

052

Taklimat tamat dalam pukul 1pm lebih kurang. Lunch time…!!

Sudah lunch bagai, masa untuk menangkaplah.

055

057

Datuk Yusof Haslam & Shaharudin Thamby. Semua otai² ni…. Tak ramai pun artis yang hadir sebab taklimat ni lebih kepada penerbit filem.

Ada Zizan Nin juga tapi dia tengah sibuk mana so segan nak mintak bergambar. Tapi lepas makan tup tup dia dah hilang.

Itu sahaja bingkisan dari saya yang dah lama tak update blog. Tatatatata…….

Sekian,
Posted in Diary | 1 Comment

Hipokrit

Friday, 8:57 pm

Duduk di dalam kelumpuk seni
Harus pandai bermuka-muka
Hipokrit
Senyum di bibir, berkulat di hati
Janggal
Lama-lama sebati

Sekian,
Posted in Diary | 4 Comments

34

Wednesday, 10:44 am

Selamat Harijadi untuk diri sendiri.

Sejak dah masuk 3 series, tiap² tahun pun kena kira dah berapa umur. Tak hafal dalam kepala, sorry ya… maklumlah, hati masih mahu muda. Hehehe

Sekian,
Posted in Diary | 7 Comments

Kena Buli

Tuesday, 10:00 am

Balik mengundi di kampung. Sampai² jer, Zaim kena buli dek abang aku. Pasrah jer nak…

Sekian,
Posted in Diary | 3 Comments